Tuesday, April 27, 2010

Tips-tips memupuk keyakinan diri...

salam...
it has been such a long time since i wrote something in this blog...
today...i wanna share these tips with all of you...
good luck in exam....
sorry for evrything...


Dengan Allah:

Bergantung hanya pada Allah. meletakkan kebergantungan hanya pada Allah. letak Allah dahulu berbanding yang lain. 'Inna Lillah Wa inna illaihi raji'un'

Jaga solat 5 waktu. tingkatkan kefahaman terhadap solat dan cari bagaimana mengapai rasa khusyu'.

Sentiasa merasa berdosa terhadap Allah lalu sentiasa bertaubat terhadap kesilapan dan kesalahan samada kecil atau besar, sengaja atau tidak.

Baca al-Quran dan bertadabbur dengannya. melazimi membaca al-Quran beserta memahami maknanya.

Berzikir dengan wirid-wirid tertentu secara konsisten danistiqamah. setiap hari kita mohon petunjuk dari Allah agar ditunjukkan jalan yang mustakim, iaitu jalan yang konsisten menuju Allah. maka kita kena usaha untuk menuju ke arah itu.

Dengan diri sendiri:

Percaya pada diri. katakan anda boleh. anda adalah khaira ummah.

Jangan takut dan teragak-agak melakukan sesuatu yang positif. hindari rasa malu tak bertempat.

Lihat kelebihan diri dan kaji serta perbaiki kekurangan yang ada. anda lebih tahu tentang diri anda berbanding orang lain.

Sentiasa berfikiran positif.

Sentiasa bersedia. jangan bertangguh daripada mencuba. gali dan cari ilmu terhadap benda yang anda tidak tahu.

Hargai diri. jangan jebakkan diri andan kelembah kehancuran.

Tabah dan cekal terhadap sebarang dugaan dan cubaan.

Dengan orang lain:

Pilih kawan dan komuniti yang cemerlang.

Elakkan daripada mereka yang suka memperkecil atau menakut-nakutkan anda.

Cari role model atau qudwah hasanah dan sebaik-baiknya ialah Rasulullah.

Maafkan kesalahan orang lain dan ringankan mulut untuk memohon maaf atas kesalahan diri.

Bergaul dengan teman dan individu yang berkeyakinan serta mendorong untuk maju kehadapan.

Berhenti dari membanding-bandingkan diri anda dengan orang lain.

Sunday, April 18, 2010

EXAM =)


ASSALAMUALAIKUM..

akhirnya tlah tba exam final n first pro kita.. buat smua sahabat2, BI TAUFIQ wa ANNAJAH n harap semua LULUS dgn CEMERLANG.. insyaALLAH.. DOAKAN KAMI ye..

JADUAL RINGKAS EXAM TAHUN SATU SESI 2009/2010

19 April 2010 - tamadun islam tamadun asia
20 April 2010 -behavioural science n oral health
21 April 2010 -english n fiqh hadith
22 April 2010 -arab
23 April 2010 -memorization of al-quran

24April-2Mei 2010 -study week

3 Mei 2010 -anatomy
5 Mei 2010 -physiology
7 Mei 2010 -biochemistry
10 Mei 2010-oral biology

SIIRU 'ALA BARAKATILLAH...

Thursday, April 08, 2010

Quote's for Thoughts~ 1

Assalamualaikum...

It have been awhile...so today, i would like to put up some foods of thoughts..and more will be coming insya-Allah..hope these quotes generate our thinking and gradually into action....

BERILMU-BERIMAN-BERTAQWA


AnTaRa KaTa2 yang DiLonTarkan OLeh SaHaBat Rasulullah S.a.w. iaitu SaiDinA Umar R.anhu...


  • Kebajikan yang ringan adalah menunjukkan muka berseri-seri dan menunjukkan kata-kata lemah lembut
~ingat, senyum juga merupakan satu senaman untuk otot2 muka anda!

  • Barangsiapa menempatkan dirinya di tempat yg menimbulkan persangkaan maka janganlah menyesal kalau orang menyangka buruk padanya
~hmm...bukan shj kita perlu menjaga hati kita daripada mengumpat, mencela dsb..tapi kita juga perlu menjaga hati mereka2 yang berada di sekeliling kita..supaya mereka terhindar daripada buruk sangka dan mendapat dosa
  • Tidak ada ertinya Islam tanpa jemaah dan tidak ada ertinya jemaah tanpa pemimpin dan tidak ada ertinya pemimpin tanpa ketaatan
~tidak lengkap satu masyarakat yang bertamdun tanpa pemimpin dan org yang dipimpin... dan tiada ertinya hierarki itu kalau setiap ahlinya tidak mahu patuh!
  • Aku tidak pedulikan atas keadaan susah atau senangku kerana aku tidak tahu manakah diantara keduanya yang lebih baik dariku
~senang tidak bererti bahgia..susah tidak bererti celaka..mungkin juga ia boleh membawa maksud sebaliknya...maka kita harus sentiasa beringat..dan saling mengingatkan..
  • Kalau kita bermewah-mewah di dunia akan kurang ganjarannya di akhirat
~banyak menangis di dunia akan banyak ketawa di akhirat...namun jangan salah sangka..tangisan di dunia itu bukan yang di tumpahkan kerana melihat adegan sedih di tayangan!
  • Apabila engkau melihat orang yang berilmu mencintai dunia, maka curigailah ia mengenai agamanya, kerana orang yang mencintai sesuatu ia akan menyibukkan diri dengan apa yang dicintainya itu
~dalam sungguh maksud yang tersirat...


wa billahi tawfiq wal hidayah...
wassalamu'alaikum..

best regards~
"Serenity in Tranquilness of Calmness..."

truth lies in this quote, "those who stops learning, stops leading..."