Sunday, January 31, 2010

Kalimah ALLAH...kontroversi


Salam shbt2 skalian...


Bismillahirrahmaanirrahim..


Isu kalimah ALLAH telah menjadi suatu kontroversi baru2 ni.. harap ape yang saya postkan ini sedikit sebanyak dapat membuka minda kita sebagai orang Islam.. InsyaALLAH, ambik yang baik, tinggalkan yang buruk.. artikel ini saya ambik dari laman http://www.drdzul.wordpress.com/. sama2lah kita menimba ilmu dari orang yang lbih mengetahui selagi ada masa...





Posted on January 25, 2010 by admin

Oleh Dr Dzulkefly Ahmad, AJK PAS Pusat (Atas permintaan, saya dapatkan kepakaran rakan saya Syed Putra untuk menterjemahkan makalah asal -PAS’ Ulama ‘Disunited Stance’ dan hanya mengeditnya bagi mempastikan terjemahan seperti saya maksudkan asalnya).
Saya telah diminta untuk menjelaskan dan memberi rasional kenapa tampak seperti ada dua sudut pandang dan pendirian yang berlawanan di kalangan tokoh-tokoh ulama utama PAS dalam isu penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan-Islam. Ia bukanlah sesuatu yang mudah dan saya pula berasa amat tidak selesa dengan tugasan ini.

Mursyidul Am PAS, Tok Guru Dato’ Nik Abd Aziz (TGNA) dan Presidennya, DS Hj Abd Hadi Awang (DSHA) mewakili pandangan yang menyatakan bahawa penggunaan kalimah Allah oleh pengikut agama-agama lain itu ‘yajuz’ atau ‘harus’, khususnya agama-agama warisan Nabi Ibrahim (Kristian dan Yahudi), sementara Timbalan Mursyidul Am Majlis Syura Ulama PAS, Dato’ Dr Haron Din (DDHA) (dan juga beberapa buah NGO Islam dan sebilangan ahli akademik) mengambil pendirian berlawanan, iaitu tidak membenarkan penggunaan kalimah itu oleh orang lain.

Saya memang mahu menulis artikel ini lebih awal, tetapi telah mengambil sikap bersabar sedikit untuk membaca tulisan-tulisan yang lain terlebih dahulu, terutamanya yang ditulis oleh para ulama. Justeru ketika tidak mendapati analisis ini, saya menulis juga artikel ini selepas diminta berbuat demikian.

Supaya tidak terlalu panjang dan bagi manfaat orang awam, juga penganut agama-agama lain, saya akan cuba memudahkan wacana teologi yang agak rumit ini. Namun begitu, saya tidak pula dapat mengelak daripada menggunakan beberapa terminologi atau perkataan Arab. Barangkali ia adalah pendedahan yang juga ada kebaikannya untuk sesetengah pembaca.

Secara mudah, kedua-dua pendirian yang berlawanan ini terhasil kerana kedua-duanya melihat subjek ini daripada pendekatan metodotogi yang berbeza, yang bersandarkan dua perspektif yang juga berbeza. Oleh itu, tidaklah memeranjatkan sekirannya ia menghasilkan rumusan yang berlawanan juga.

Lebih menarik, walaupun pendirian dan rumusannya tampak berlawanan, namun kedua-duanya masih berada dalam lingkungan pandangan pemikiran Islam, dan secara umumnya ‘betul’ dalam perspektifnya masing-masing. Jika ia kedengaran mengelirukan atau pelik, mari kita gunakan analogi “satu wajah, dua sisi”. Saya akan berusaha bersikap adil dan objektif dalam hal ini.

Kedua-dua sisi wajah ini pastilah nampak berbeza, tetapi ia masih mewakili wajah yang sama seumpama satu syiling. Kita tidak perlu bertegang leher bagi menentukan sisi mana yang betul atau lebih penting. Ia bukanlah usaha untuk menentukan pendirian yang betul atau salah, sebaliknya yang lebih tepat ialah untuk menentukan pandangan atau perspektif mana yang lebih wajar diambil setelah mengambil kira konteks ruang dan realiti semasa yang tertentu.

Secara mudah, sebagai ad-Deen atau Cara Hidup, Islam berdiri di atas dua tonggak, iaitu:

1. Aqidah – perkara-perkara berkaitan teologi mengenai Kepercayaan dan Keimanan kepada Allah (dan rukun-rukun Iman yang lain seperti Kenabian, Wahyu dan sebagainya)

2. Ibadah – perkara-perkara berkaitan kepatuhan/pengabdian manusia terhadap Allah SWT.

Kedua-dua tonggak ini merupakan agenda utama Dakwah atau Risalah semua Nabi dan Rasul, termasuk Nabi Muhammad SAW. Dakwah merupakan raison de’etre atau intipati tugas semua Nabi (Wazifatul Rasul). Dakwah juga adalah sebab dijadikan seluruh semesta alam ini bagi Allah diperkenalkan kepada makhluq dengan perantaraan para anbiya’ dan mursalin melalui Syariat dan Manhaj (Metodologi) tertentu.

Jika ini telah difahami, maka kita akan beralih kepada usaha memahami kedua-dua sudut pandang di atas.

DDHD berhujah dari perspektif aqidah, sementara TGNA dan DSHA pula mengambil perspektif Dakwah (dan bidang Siyasah Syar’iah – politik dari prisme Syariah – yang lebih luas), tanpa sama-sekali menafikan kepentingan perspektif aqidah.

Dari perspektif disiplin Aqidah Islam, Allah merupakan nama khas Al-Ilah atau Tuhan (lafzul-Jalalah) yang merangkumi ketiga-tiga aspek Keesaan Ketuhanan, iaitu sebagai Pencipta dan Pemelihara (Tauhid Rububiyah), Pembuat Undang-undang (Tauhid Uluhiyah), serta Tauhid Asma’ wa Sifat yang mewakili 99 NamaNya yang terkandung dalam al-Quran (seperti al-Rahman, al-Rahim, al-Malik, al-Quddus dan lain-lain) serta 20 SifatNya (al-Wujud, al-Baqa’, al-Wahdaniyah dll).

Surah al-Ikhlas (ayat 1-4) menegaskan Ketunggalan Keesaaan Allah ini.
FirmanNya:Katakanlah (wahai Muhammad): “(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa;“Allah yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat; Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan; Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya.”


Berdasarkan huraian di atas, bolehlah disimpulkan bahawa Keesaan Allah merupakan tonggak terpenting Islam, dan bahawa tidak ada sesiapa atau apa-apa pun yang setaraf, bersekutu atau serupa denganNya. Sejak manusia sedari zaman Nabi Adam AS lagi, telah melakukan pelbagai dosa dengan menyekutukan Allah dengan pelbagai bentuk tuhan, dewa atau anak dan sebagainya, maka Allah telah mengutuskan para Nabi bagi menyucikan kepercayaan kepada Keesaan Tuhan.

Disiplin Usuludin merupakan cabang pemikiran Islam yang berperanan memelihara dan mempertahankan ketulenan dan kesucian keimanan terhadap Keesaan Allah dan rukun-rukun keimanan (Al-‘Aqaid) yang lain. Di kalangan orang Islam, pengetahuan yang mendalam tentang Usuludin dianggap penting dan utama kerana ia berperanan memelihara penganut Islam daripada amalan dan kepercayaan yang salah dan sesat.

Sehingga ke tahap ini, jelas bahawa hujah bagi menyokong penekanan terhadap pengetahuan Umat Islam dalam aspek Usuludin atas perbahasan isu ini, terutamanya pelbagai aspek Aqidahnya, termasuk Nama-nama dan Sifat-sifat Allah adalah meyakinkan dan kukuh.

Menurut metodologi ini, sayugia dijelaskan bahawa Nama Allah adalah termasuk dan dianggap sebagai sebahagian daripada ciri atau milik khusus agama Islam. Hal ini adalah kerana hanya orang Islam sahaja yang menerima dan mengimani Allah sebagai Al-Ilah atau Tuhan seperti yang dihuraikan di atas. Justeru itu maka hanya orang Islam sahaja yang berhak dan layak untuk menggunakan Nama Allah itu kerana penggunaan nama Allah oleh yang golongan agama lain, tidak menjamin maksud yang sama. Apatah lagi ia juga merupakan Lafzul-Jalalah, ia itu nama khas dan istimewa Allah, selain daripada 99 NamaNya yang disebut sebelum ini.

Permasalahan dikesani ketika melampaui peringkat ini, dimana logika pendekatan ini, penggunaanya bukan sahaja tidak dibolehkan kepada orang lain, tetapi ia kini telah turut dikanun atau diundang-undangkan sebagai satu kesalahan oleh beberapa undang-undang negeri-negeri yang sedia ada.

Oleh sebab perkataan itu ditanggappi suci atau kudus dalam Islam, maka ia tentulah tidak boleh digunakan oleh orang lain. Perkataan-perkataan lain yang termasuk ke dalam kategori ini adalah Kaabah, Mufti, Ulama dan sebagainya. Kini ia telah diharamkan dan dijadikan eksklusif bagi umat Islam di sesetengah negeri di Malaysia. Hal ini kini diperdebatkan dengan begitu sengit sekali. Bantahan terhadap pendirian sebegini tampaknya telah menjadi lebih pelik dalam zaman pencerahan maklumat dan pengetahuan sekarang.

Bersekali dengan kebimbangan terhadap salah guna dan ancaman kegiatan mubaligh Kristian di kalangan umat Islam, maka langkah mengharamkan penggunaan kalimah Allah itu ditanggapi golongan ummat Islam ini sesuatu yang tampak kena dan wajar. Penelitian terhadap fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan pada Mei 2008 menyerlahkan jalur fikiran dan garis hujah ini. Kes pengharaman edisi bahasa Melayu akhbar mingguan The Catholic Herald oleh Kementerian Dalam Negeri baru-baru kini menjadi kontroversi besar berpotensi menggegarkan negara ini.
Meneliti pendirian yang diambil oleh AJK PAS, yang juga merupakan pendirian TGNA dan DSHA, dalam isu penggunaan Nama Allah membawa kita sekaligus menelusuri konteks Dakwah Nabi Muhammad yang lebih besar – yang mengambil masa selama 13 tahun di Mekah dan 10 tahun di Madinah.

Al-Quran telah dengan begitu jelas sekali merakamkan bahawa masyarakat yang wujud semasa kemunculan Nabi terakhir, Muhammad SAW, telah turut sama menggunakan perkataan Allah. Allah SWT berfirman dalam al-Quran
Dan sesungguhnya jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: “Siapakah yang menciptakan langit dan bumi?” Sudah tentu mereka akan menjawab: “Allah”. Ucapkanlah (wahai Muhammad): “Alhamdulillah” . (Luqman:25)

Dari segi teologi, walaupun para penyembah berhala di Mekah menerima Allah sebagai Rabb (Tuhan), namun mereka juga mengadakan berhala-berhala dan sebagainya di sisi Allah dan menganggapnya sebagai tuhan juga. Ketauhidan Allah yang sempurna tidak mereka imani. Bahkan Allah menerangkan apakah sebabnya amalan syirik itu mereka teruskan dalam Firman Allah SWT dalam surah az-Zumar, ayat 3: “Tidaklah kami menyembah mereka kecuali untuk kami dapat bertaqarrub (mendekatkan diri) dengan Allah”.

Pun begitu, kedudukan golongan Ahli Kitab. Lebih jelas lagi, bagi agama-agama warisan Nabi Ibrahim yang lain pula, perkara penggunaan perkataan Allah ini dilihat jelas dalam surah al-Haj, ayat 40.
“Dan kalaulah Allah tidak mendorong setengah manusia menentang pencerobohan setengahnya yang lain, nescaya runtuhlah tempat-tempat pertapaan serta gereja-gereja (kaum Nasrani), dan tempat-tempat sembahyang (kaum Yahudi), dan juga masjid-masjid (orang Islam) yang sentiasa disebut nama Allah banyak-banyak padanya dan sesungguhnya Allah akan menolong sesiapa yang menolong ugamaNya”.

Daripada pelbagai ayat ini, para Mufaseer berhujah bahawa nama Allah bukanlah hak eksklusif orang Islam. Imam Al-Qurtubi (1214-1273), pakar tafsir al-Quran, merumuskan bahawa dalam ayat 40 di atas, Allah bukan sahaja disebut dan dibesarkan di masjid-masjid, tetapi juga ditempat-tempat keagamaan agama-agama warisan Nabi Ibrahim yang lain, terutamanya agama Yahudi dan Kristian.

Selain itu, kita juga merujuk kepada pandangan dua tokoh ulama kontemporari di dunia Islam, iaitu Sheikh Dr Yusuf al-Qaradawi dan Sheikh Dr Wahbah al-Zuhaili, yang melawat negara kita baru-baru ini, berhubung isu ini.

Kedua-dua mereka bukan sahaja mengaggap penggunaan nama Allah oleh penganut agama samawi (langit) dibenarkan, malah juga adalah digalakkan, sebagai kaedah bagi menyatukan Persaudaraan Kemanusiaan berdasarkan Tuhan yang sama dan Esa (Tunggal). Kesatuan Ummat Islam pula dipaksikan di atas Kesatuan Tauhid. Islam dan agama secara umum wajar menyatukan, dan tidak sebaliknya memecah-belahkan manusia.

Nah, maka jelas bahawa dari sudut nas, kebenaran penggunaan nama Allah ini adalah termaktub dalam al-Quran. Nas, dalam metodologi ‘beristidlal’ seharusnya tidak boleh diatas bahkan mengatasi sumber yang disandarkan kepada sumber-sumber hukum yang lain, ijma’ atau qiyas tambah lagi kalau ianya hanyalah sekadar qawaid fiqhiyyah seperti ‘as-Sadda Zari’ah atau kaedah fiqh bagi menutp pintu-pinti kemudharatan.

Lebih penting, harus juga disedari bahawa keseluruhan al-Quran itu sendiri adalah jelmaan dan penghayatan Dakwah dan Risalah Nabi Muhammad SAW dalam tugas besar baginda menterjemahkan maksud sebenar “Islam sebagai Rahmat kepada Sekelian Alam” – Rahmatan Lil-‘Alamin.

Ternyata pendirian DDHD dan lain-lain akan hanya menatijahkan keterasingan (Disengagment) dan iklim eksklusif, sementara pandangan sebaliknya menekankan peri perlunya Islam dan umat Islam mengambil sikap ‘Inklusif’ dan ‘Keterterliban’ (Engagement) dalam agenda besar Dakwah dan Penampilan Advokasi Politik Islam. Keterlibatan, bukannya Pengasingan, seharusnya menjadi pertimbangan asas para pembuat dasar di peringkat legislatif dan para pemikir di institusi-institusi Islam lain di negeri dan peringkat Pusat.

Walaupun pendekatan Usuludin menekankan kepentingan ketulenan iman di kalangan umat Islam, namun malangnya, secara tidak sengaja, ia turut terserlah dan mengambil bentuk ‘mentaliti-terkepung’ (siege mentality) apabila berhubungan dengan golongan agama dan budaya lain.

Mahu tidak mahu ia akan menjadikan Islam dan nama Allah dan lain-lain perkataan ‘suci’ lain sebagai hak eksklusif orang Islam yang mesti di’lindungi’ dan dipertahankan daripada ‘pencerobohan’ penganut agama-agama yang lain. Kita tidak mungkin boleh berhubung dengan orang lain jika kita bersikap eksklusif. Sebaliknya, kita akan menyudutkan, malah mengasingkan orang lain dengan sikap tersebut.

Selain ia bakal menyuburkan rasa benci, ia juga akan menjadi baja kepada sikap saling tidak mempercayai di antara agama-agama, iaitu sesuatu yang berlawanan sama sekali dengan tujuan Dakwah dan Risalah. Secara umum, ini tidak boleh dipertahankan, malah kelihatan serba songsang dengan mindset ‘Dakwah’ dan “Islam yang Universal”.

Pendirian TGNA dan DSHA yang mewakili pandangan arus perdana PAS telah membuat penegasan bahawa ‘berdasarkan prinsip-prinsip al-Quran dan Islam, penggunaan kalimah Allah oleh penganut agama-agama warisan Nabi Ibrahim seperti Kristian dan Yahudi adalah dibolehkan”.

Dalam pada itu, kedua-dua tokoh ini juga telah menegaskan bahawa penggunaan kalimah Allah juga tidak boleh disalah guna atau diselewengkan kerana ia akan memberi kesan ke atas keharmonian hubungan agama dan kaum di negara ini. Pada saat yang sama, bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri, turut menekankan keperluan diadakan garis panduan yang jelas bagi penggunaannya. Kata beliau, kalimah Allah hanya boleh digunakan bagi merujuk kepada Tuhan Yang Tunggal, bukannya dikaitkan dengan berhala, dewa-dewa dan sebagainya.

DSHA turut menolak percubaan untuk mempolitikkan isu ini kerana ia boleh mengancam keamanan di kalangan pelbagai golongan agama. PAS mengutuk keras perbuatan mengugut dan ganas sebagai cara untuk menakut-nakutkan rakyat supaya akur dan tunduk kepada ‘terorisme berkumpulan’ baru yang berlaku kini. Kedua-dua TGNA dan DSHA turut mencadangkan jalan keluar yang berasaskan dialog dan perbincangan atas dasar sikap saling menghormati dan persefahaman di antara agama dan budaya dalam proses pembinaan-semula bangsa kita.

Saya berani menyatakan bahawa PAS kini telah muncul sebagai sebuah parti Islam yang memahami tentang perlunya wujud politik Plural dan Majmuk (Politik Li Ta’arafu) dalam landskap demokratik baru politik nasional negara ini. ‘Pendekatan Wasatiyah’ PAS ini bakal disenangi oleh semua pihak dan mengisi tuntutan ‘ruang tengah’ politk negara, sementara Islam dan Ummat Islam akan terus dipertahankan.

Juga perlu ditegaskan bahawa pendirian ini tidak diambil semata-mata untuk memenangi hati atau lebih banyak undi di kalangan orang bukan Islam. Sebaliknya PAS mendedahkan dirinya kepada penolakan oleh para penyokong tegarnya di kawasan-kawasan majoroti Melayu.


Bolehkan seteru politik PAS, iaitu Umno, mengambil sikap yang sama? Bolehkah Umno keluar

dari garis hanya mempolitikkan isu nama ‘Allah’ dan tidak benar-benar mahu menunaikan perintah Allah, termasuk menghapuskan rasuah, kezaliman serta kebejatan kerakusan kekuasaan dan kebendaan.

Sebagai sebuah parti Islam, kami perlu melakukan apa yang “Benar” di mata al-Quran terlebih dahulu, dan setelah itu berusaha keras untuk menyesuaikannya dengan demografi kita yang sesungguhnya majmuk dan plural. Benar kami perlu mengambil jalan sederhana untuk mendapat sokongan ‘ruang tengah’. Benar, kami juga perlu memenangi hati-budi orang Islam-Melayu. Namun lebih benar lagi ialah perjuangan kami untuk mencari keredhaan Allah terlebih dahulu. Kami juga mahu mewujudkan “Keadilan Untuk Semua”.

Jika dengan berbuat demikian kami kemudiannya memperoleh kepercayaan, mandat dan sokongan pengundi, maka kami ucapkan Segala Pujian hanyalah untuk Allah, Tuhan Sekelian Alam.


Alhamdulillah! Allahu Akbar!


WALLAHU'ALAM....

LOBAK, TELUR ATAU KOPI??



Pada suatu hari, seorang anak bertanyakan pada ayahnya yang bekerja sebagai chef di sebuah restoran terkemuka..


Anak : ayah, kenapa hidup ni payah. Banyak dugaan dan masalah.

Ayah : bleh tolong ambikkan lobak, telur dan serbuk kopi untuk ayah..



Dengan segera si anak mengabil barang2 yang dipinta oleh si ayah. Si ayah merebus air di dalam periuk sehigga mendidih dan masukkan barang2 tersebut ke dalamnya.
Selepas beberapa minit...



Ayah : ape yang kamu nampak?

Anak : emm.. lobak tu melembut dan lembik, telur jadi keras dan air menggelegak jadi hitam dan ada rasa kopi.

Ayah : kamu nak jadi yang mana satu? Lobak, telur atau kopi?

Anak : saya tak faham. Ape yang ayah maksudkan.

Ayah : ibaratkan ketiga2 ni adalah manusia yang mendapat dugaan yang sama dari ALLAH (air mendidih). Namun, adakah semangat kita akan menjadi seperti lobak yang menjadi lemah dan lembik? Atau adakah hati kita akan menjadi keras seperti telur yg asalnya lembut tp akhirnya keras? Atau menjadi serbuk kopi yang mengubah dugaan atau musibah kepada keadan yang lebih baik (air mendidih kepada air kopi)?

Anak : owh, jadi, semua hasil yang kita dapat dari setiap dugaan bergantung kepada cara kita hadapi masalah tu?

Ayah : betul tu.. pandai anak ayah.

Fikir2 kanlah..

@Kawan2, ape yang perlu kita semat betul2 dalam minda kita setiap kali ditimpa dugaan, ujian ialah...

“Tidak ada suatu musibah yang menimpa seseoang, kecuali dengan izin ALLAH; dan barang sesiapa yang beriman kepada ALLAH, nescaya ALLAH akan berikan petunjuk kepada hatinya. Dan ALLAH Maha Mengetahui segala sesuatu (11)”
[surah at-Taghabun]

“Maka ingatlah kepadaKu, Aku pun akan ingat kepadaMu. Bersyukurlah kepadaKu dan janganlah kamu ingkar kepadaKu (152) Wahai orang-orang yang beriman! Mohonlah pertolongan kepada ALLAH dengan sabar dan solat. Sungguh, ALLAH bersama orang yang sabar (153)”
[surah al-Baqarah]

Tuesday, January 26, 2010

PDP CONCEPT


Community service...
Apekah?
Servis kpd komuniti la kalo ikot bhasa mudahnya...

Perlu ke?
Memang la perlu sgt2...

Kenape?
Cube pkir blik, duit yg kt dpt drpd JPA tiap2 sem  smpai 6K tu ingat dpt dari mane?msyrakat yg membayar tax2 yg mcm2 jnis tu la yg mnybabkn kt nie dapt rzeki yg x smua org dpt..Alhamdulillah..

So?
So x kan la x perlu ntuk kt memberikan sdikit perkhidmatan kpd msyarakat stelah ape yg kt dpt slama nie...Jdi kwan2 nmpak x peri pentingnya community service nie sbnarnya...


                                       KONSEP PDP

untuk kengkawan(kengkawan29 trutamanya)yg masih x paham konsep nie, dkat cnie nak crite blik la konsep PDP nie..bleyh la jdkan bhan rujukan lpas nie..hehehe...



Pre-During-Post concept...
konsep PDP nie sbnarnya konsep yg mudah yg sbnarnya memang perlu ada dlm diri masing2, x kira la waktu cmmunity service je tapi spanjang masa selagi kita masih mampu untuk berkomunikasi sesama manusia.lbeyh kpada ntuk kt mnjaga hubungan manusia sesama manusia la..konsep PDP nie diwujudkn cume lbeyh kpda satu konsep supaya kita saling ingat mengingati dlm konteks yg lbeyh sistematik.

konsep PDP nie konsep yg mmbahagikan kita kpada 3 bhagian..Pre iaitu sblum dlm bhasa mlayunye..During(ketika)..Post(selepas)..maknanye konsep nie mengarahkn kt ntuk bertindak dlm 3 bhagian.sblum acara, ketika acara dn slpas acara..cuma kt prlu ada plan ape yg kt prlu buat dan ape yg kt x prlu buat ..ni la sbnarnya konsep PDP..bak kata pepatah 'gagal mrancang bererti merancang kegagalan'...



Pre
Pre nie adlh bhgian yg trpenting, tyme nie kt kna rancng ape yg kt nak buat semasa event. sbgai cntoh, kt nak wat cmmunity service nie, jd tyme pre nie la kt rncang nak buat ape ntuk dbawa ktika CS tu..cntoh yg trmudah kt buat la tabung ke ntuk kutip donation supaya kt bleyh bwak donation tu tyme CS tu nnti..haa nie la gunenye kt wat Pre concept nie...mknanya kt dah start bkerja sblum event.. bkan stakat mrancang event tu je tp kt dah start buat sumthing..kire bhasa snang nye warm up la...


During
Ntuk bhgian ni x perlu penerangan pnjang lbar..msing2 paham2 sndiri la ape yg perlu nak dibuat..stelah ape yg kt rancang..ape yg penting KERJASAMA...n STICK TO THE PLAN..


Post
Post nie adalah ksinambungan kpd kt ntuk mngekalkn hubungan manusia antara manusia..post nie amat2 lah penting sbb kt nie x nak la jd golongn yg lpas buat CS trus je tnggalkn tmpat tu..ape yg kt perlu buat adlah ambek no tepon org yg ada kat ctu, tanya khaber drg lepas tu, skali skala kalo ada masa free pegi mlawat drg..jd post nie adlah trtakluk kpada sikap dan sifat masing2 dlm bermasyarakat..ape yg penting JGN SOMBONG..sbb masyrkt nie la yg akan tolong kt..in fact drg memang ngah tolong kt pon skrng nie..jd tanpa drg kt nie x kemne..


Jdi kengkawan, tu je la ape yg nak dbebelkn kat cnie..maybe x paham kot..x pe la..nak wat camne kalo dh x pham..kalo rase nak ikot, dipersilakan, kalo rase bnda nie mngarut je buang masa buang harta, x pe la..x payah la ikot..itu skadar psanan..


Terima Kasih bnyak2...nukilan..
terang_bulan(;p)


Got a minute?? (let's play this game!)




    Got a minute? (NOPE?) Got a second?
    Hehe.. You are reading this anyway. 
    Wanna try to see if you are capable of
    tongue-twisting a tongue-twister?
    Hehe…I got some here. Taken from an english newspaper.
      It's interesting as well as challenging..just for fun! (I've tried it!)
    "You'll never know until you try" ..so desu ka?
    What noise annoys a noisy oyster?
    Any noise annoys a noisy oyster,
    But a noisy noise annoys a noisy oyster most!




    A bitter biting bittern bit
    A better biting bittern
    And the better biting bittern bit
    The bitter biting bittern back
    Said the better biting bittern to
    the better biting bittern
    "I'm a bitter biting bittern bitten back"
    Tommy, Tommy, toiling in a
    Tailor's shop.
    All day long he fits and tucks,
    All day long he tucks and fits,
    And fits and tucks, and tucks
    And fits, and fits and tucks,
    And tucks and fits.
    Tommy, Tommy, toiling in a tailor's shop.
    Try read faster! A record shown that
     It can be done in just one breath! Haha..beat it or lose it!
    Best regards,
    k.i.n.a.h.

STreS??




"Salam. Tlong sy.. sya tgh stres ni..hu3"







sms mcm ni selalu sy dpt dr shbt2. dgn pntas jari menekan keypad hp tuk bas sms..


"1-mbik wudhu, slawat, istighfar n tidur awal
2-bangun awal, qiam, mengaji
3-kenalpasti mslh, mnta pa ALLAH agar dpermudahkan utk selesaikan mslh
4-kongsi mslh dgn shbt yg bleh dpercayai
5-kluar dr bandar n riadhah"





Ape itu stres yg sbenarnya?

Stres adalah suatu perasaan yang anda alami apabila anda menerima tekanan. Tekanan atau
tuntutan yang anda terima mungkin datang dalam bentuk mengekalkan jalinan perhubungan,
memenuhi harapan keluarga dan untuk mencapai matlamat akademik.




Adakah stres itu tidak baik?

Stres merupakan sesuatu yang positif dan juga negatif. Stres diperlukan untuk kemajuan di
dalam kehidupan harian kita. Melalui keadaan tertekan kita dapat meningkatkan keupayaan
untuk menyesuaikan diri, mengatasi dan bertindak balas terhadap cabaran kehidupan.
Sebaliknya, stres memberi kesan yang tidak baik apabila ianya tidak ditangani dengan sebaik
mungkin atau dilihat sebagai negatif. Pengurusan stres yang tidak sempurna akan
mengakibatkan perasaan ketidakmampuan dan seterusnya menyebabkan gagal untuk
meningkatkan daya ketahanan diri.




Faktor stres..



1-biologikal (cth:bdn xshat)
2-pemikiran negatif
3-our behavior
4-environment



cara menangani stres..

-Tarik nafas dan tahan pernafasan anda
• Kurangkan pergerakan atau berdiam diri untuk mengurangkan degupan jantung
• Legakan otot-otot anda
• Alihkan pemikiran negatif dan tidak rasional anda kepada yang lebih positif dan membina
• Tumpukan perhatian kepada perkara yang positif
• Gunakan jenaka untuk memulihkan perasaan stres
• Ubah tempat persekitaran anda
• Jauhkan diri anda dari suasana yang boleh memberi kesan stres
• Libatkan diri anda dengan aktiviti yang menyeronokkan
• Kenal pasti masalah dan cari jalan penyelesaiannya


Cara utk cegah stres..

1-kenali diri
2-amalkan senaman
3-amalkan pemakanan yg shat
4-amalkan tidur yg baik
5-punya shbt yg baik
6-punya kepercayaan hidup yg baik


Oleh itu..


"JANGAN BIARKAN HIDUP ANDA DISELUBUNGI STRES"



"SMILE ALWAYS"

Thursday, January 21, 2010

Charity Fair Commitee Members!!


Assalamualaikum~
Hello~

These are the commitee members for charity fair at glenview villa!!

Director: Akmal Khalis
Vice Director: 1.Abdullah Zahid
                 2.Nurul Asmat
Secretary: 1.Fatimah
             2. Aishah
Treasurer: Awatif

Activities: Haziq
Promotion: Hamzi
Multimedia: Fais
Equipments: Azizul
Publicity & Photography: Ruhaizan
Cleanliness: Huda
Yard Sale: Idham Hafize
Stall: Hanif


OK!!
For any changes, please refer to the director and members.
Let's do our best for this program.
Everyone is counting on us.
Dozo yoroshiku onegaishimasu!!

p/s: Khalis, kinah, watif dah jadi bendahari.jadi pas multimedia kat kinah ek...


                 

Wednesday, January 20, 2010

cIrI-cIrI pEmImPiN IsLam.....

Assalamualaikum kengkawan!!

Memandangkan esok(khamis) akan ada pengundian MPP,so artikel nie maybe boleh bantu antum semua memilih calon-calon yang TErBaek....bukan saja buat diri kita malah untuk ISLAM itu sendiri.....

Ummat Islam amat2 memerlukan kalangan pemimpin yang adil, takwa dan taat kepada suruhan Allah SWT, melaksanakan hukum-hukum Allah dan syariat Allah serta menjauhi segala larangan-Nya, kerana kelak di akhirat, jika mana2 pemimpin melanggar amanah Allah dan rakyat jelata,akan ditanya Rabbul Jalil akan peranan dan sumbangan kepada agama Islam, negara dan rakyat...memang berat tugas pemimpin...perlu memiliki ilmu utk mengimbangkan antara keperluan duniawi dan ukhrawi, bertugas sebagai pekerja kepada rakyat dan bukannya atas sebarang kepentingan diri, hanya mengharapkan keredhaan Allah SWT.
Kewajipan melantik pemimpin yang adil adalah merupakan satu tanggungjawab yang tidak dapat disangkal lagi buat setiap insan yang mengungkap dua kalimah syahadah ,ini kerana pemimpin adalah merupakan khalifah Allah yang melata diatas muka bumi allah ini.Kepincangan dalam pemilihan ini sebenarnya boleh membawa kepada lenyapnya keadilan dan keamanan dan seterusnya akan meletusnya kemungkaran dan kerosakan yang tidak terhingga.

Maka tidak hairanlah ,islam telah menjanjikan kedudukan yang tinggi kepada para imam yang adil dan mereka inilah pewaris para nabi yang sentiasa menjaga kesucian agama allah daripada terus dicemari.Sabda Rasulullah dalam hadisnya:

"Orang yang paling disayangi oleh Allah pada hari kiamat dan paling rapat kedudukan nya dengan Allah kelak ialah para imam yang adil". (Riwayat Tarmizi)

Justeru, Islam telah melakarkan kepada kita beberapa ciri yang perlu ada pada umara-rabbani ini.:antaranya:

1 . Islam . Pemimpin itu mestilah seorang muslim yang benar-benar menghayati agamanya. Ini kerana islam tidak membenarkan adanya golongan kafir yang memerintah umat islam.

2 . Adil . Sifat ini perlu dimiliki oleh pemimpin umat islam, ekoran begitu pentingnya tampuk pemerintahan yang dipegangnya itu. Ia adalah ibarat penyaksian kepada terlaksananya hukum Allah atau tidak dimuka bumiNya ini. Sebagimana syarat penerimaaan syahadah dalam hukum jenayah memerlukan sifat adil ini, maka apatah lagi tugas besar memimpin umat islam.

3 . Ilmu. Golongan ulama dan umara perlu digabungkan untuk membentuk satu kesatuan bersepadu merencanakan arah geraknya masyarakat Islam didalam kehidupan seharian. Apatah lagi kalau sifat ini dimiliki pula oleh seorang pemimpin yang berwibawa dan berhemah tinggi.

4 . Melaksanakan hukum Allah.

5 . Bersikap sama rata dan tidak berlaku zalim.

Sepotong kata-kata jawapan yang telah dinyatakan oleh Al-imam Hasan al Basri kepada Amirul Mukminin –Umar bin Abd Aziz ketika ditanya tentang apakah kriteria sebenar seorang pemimpin umat islam dengan katanya,


" Sesungguhnya Allah telah menjadikan para imam yang adil itu adalah pembaiki kepada kerosakan, pembetul kepada penyelewengan, pemusnah kepada kezaliman dan pembela kepada yang lemah, pembantu kepada yang dizalimi. Dialah yang melaksanakan hak-hak Allah kepada hambanya, mendengar ayat-ayat Allah dan memperdengarkannya kepada rakyatnya, melihat tanda kekuasaaannya dan memperlihatkannya kepada mereka, berjalan diatas tali Allah dan mengajak manusia bersamanya, dia umpama seorang hamba kepada para rakyatnya –menjaga harta dan juga keluarga tuannya, tidak sekali-kali menghukum dengan cara jahiliah dan mengikut hawa nafsu mereka,tidak menyelusuri jalan orang-orang yang zalim, tidak bersifat dengan golongan pembesar mustakbirin dalam menindas golongan lemah mustad'afin, dialah penjaga anak yatim, pembantu kepada orang–orang miskin, mendidik anak-anak mereka dan menjaga kaum tua mereka."


Beginilah syakhsiah yang kita cari, dan inilah kriteria kepimpinan yang diimpikan oleh Islam dalam masalah ini.Cuma apa yang diharapkan ialah mereka ini mampu untuk melaksanakan perintah dan hukum Allah diatas bumi ini.
 
Di sini ada senarai calon-calon yang wajar dipilih oleh antum sekalian :
Abdullah Long
Hazimin
Hilmi Juhari
Akalili
Tobrani
Maisarah
Sumayah Fuad
Liyana

Just cadangan je....it's up 2 u le......hehe
 

Who wants to be an author?


assalamualaikum...

hye there,
who wants to be the author of this blog?
don't understand.ok, i'll explain.
since this is a multi-lingual blog, i'll explain in BM.

ok,camni, sume org berhak nak tulis ape2 dalam blog nie, tp klu korang nak login pakai email korg pn boleh gak.much easier la...
kire klu nak bg tazkirah ke, ucapan ke, leh la tau sape yg post klu camni kan...

tapi, klu nak wat announcement ke, bagi tau sal ocassion pape ke, kene gune email batch kite tue.
boleh x??

if all of you agree with this, plis kindly give your email address to teemah or you can just simply comment this post.
this is not complimentary, it's just for volunteers.
this is just for dental batch 3.

p/s:klu ade sape2 yg nak bg komen or anything, plis state ur name that everyone can recognize you!!^^

toodles~
wassalam~

brief~ majlis pengenalan calon mpp

Assalamualaikum~

"Don't Curse The Darkness, but Lit it up"

Ordinary People usually always do make piles of complaints and critics but whenever they were asked to step up, speak up and speak out, many freaked out. I know we are not this one of a kind, right? We are not Ordinary People with Ordinary Mission nor Ordinary Mind, true? ^_^ Thus, let's give our support and apppreciation towards those who have stepped up to voice out, speak up and speak out by giving out our votes to the next most reliable and dedicated MPP's candidate.

Guys, I want to share during my moment hearing the manifestation uttered by our candidates. Consciously, I knew that I could not judge people by only hearing a 3-minute talk by the candidates. To me, it's insufficient. But to be a leader, it is essential for them to be equipped with the skill in communication so that, their message is well-received and well-understood by their supporters. I will list down the names of the candidates that have left a good impression to me.

Fyi, there are 39 candidates which varies from FSU, FEM, FPQS, FPBU, FKP, FPSK and FPG. Another thing to be noted here is that only 24 chairs will be presented in the organisation. 'Majlis Pengenalan Calon' 's  format that night were that the candidates will have to come in front three by three and present their speech within a limited time. Each person should only eat up until 3 minutes."

Here, i listed those who left a good impression to me and some quotes from them that i jotted down;

Akalili (umum_5) "Mahasiswa didahulukan kebajikan diutamakan"

Maisarah (umum_9) _"she speaks fluent arabic"

Najib Afif ( umum _xtau) "khairun naas liyanfa"un naas"

Abdullah B Long (umum_15) best glerr_ die ni seorg pemidato yg hebat! meremang bulu roma dgr kepetahan dia berkata-kata!

Untuk calon fpg hehe korg buatlah pertimbangan sendiri ye. Buatlah keputusan yang bijak dan tepat.

"Majulah mpp majulah gerakan mahasiswa USIM"

Sekian sahaja dari,

Sheff_finak

Tuesday, January 19, 2010

Crack~

Assalamualaikum, Hello!!

YAY!!
Finally, this blog has been born.
This blog is made on behalf of 3rd generation of dental students USIM.
In this blog, everyone can post anything that you like.
However, please post something that is beneficial to everyone.^^

By the way, this is a multi-lingual blog.
Everyone can use any language that you would like to use.
Remember, make sure that everyone understands it, if not, translate it!!

ok!!
that's for now.
i'm really hope that everyone will take good care of this blog.
Yoroshiku Onegaishimasu!!

toodles~
wassalam~